PERASAAN
Dalam hal ini, pelakon berkebolehan menguasai perasaannya apabila membawakan peranan yang diberi. Pabila pelakon muncul di penta, maka perasaan yang ada dalam dirinya ialah sedang melakonkan peranan dan sedang menghadapi ramai penonton.dia bukan lagi diluar panggung, tidak lagi boleh membuat gerak geri dan bercakapsesuka hatinya seperti diluar panggung.
Jika perasaan itu tidak dikuasai dalam dirinya bermakna dia masih mengingat atau berperasaan seperti biasa . Untuk menguasai perasaan ini bukanlah satu kerja mudah. Ini kerana kita memerlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang sungguh – sungguh. Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang berlawanan dari perasaan yang dikehendaki oleh cerita, yang lembut jadi kasar, yang tenang jadi gopoh, yang gembira jadi duka dan seterusnya. Oleh sebab itu, bagi setiap pelakon memang menjadi suatu peraturan atau tatatertib yang sebaik – baiknya supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai terganggu.
SENI KATA
Ini adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lanca, menguasai tekanan – tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu bersambut balas dengan pelakon lain yang dilawan bercakap.
Selain itu penguasaan seni kata juga perlu apabila seni kata itu dihubungkan dengan teknik lampu, muzik, bunyi latar belakang dan lain – lain. Paling penting penguasaan seni kata yang dihubungkan dengan mimik muka, gerak geri dan menghala kepada penonton.
Ini termasuk juga kesan pengucapan seni kata itu kepada penonton. Terutama apabila sampai seni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa terbahak – bahak, tentunya pelakon melayani kesan – kesan itu dengan cara memikirkan penonton puas dengan ketawanya disamping dia sebagai pelakon bijak menokok tambah gerak gerinya untuk memenuhi kekosongan semasa penonton sedang ketawa.
GERAK GERI
Penguasaan gerak geri ialah menguasai semua gerak geri yang dihidupkan diatas panggung sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Peranan Hang Tuah yang tenang dan Hang Jebat yang lincah jangan jadi sebaliknya. Keadaan sedang tenang, marah, memujuk atau merayu. Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui dikawasan mana dia sedang berdiri sama ada kawasan tengah ( bahagian depan ), kawasan sederhana ( bahagian tengah ) atau kawasan over acting ( bahagian belakang ).
Namun biar apapun gerak lakon yang dibuatnya, jangan lupa hubungannya secara langsung kepada penonton. Misalnya gerak geri geram sebagai pembunuh, biasanya keris dijunam ke dalam perut mangsa atau mangsa diseksa terlebih dahulu dan lain - lain lagi.
Wednesday, March 26, 2008
PENGURUSAN LAKONAN
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
LATIHAN SUARA PENTAS
KEPERLUAN MENARIK NAFAS
Cubalah menjerit. Cuba panggil kawan dari jauh atau memekik minta tolong. Hal ini kerana sebelum menjerit kit perlu menarik nafas terlebih dahulu.
URAT LEHER
Gaya orang menjerit atau memekik meminta tolong. Kepala mendongak atau separa mendongak. Contoh yang boleh dilihat adalah para penyanyi ketika menyanyi di pembesar suara. Begitu juga yang berlaku pada pembaca Al – Quran. Sewaktu mendongak, urat leher menjadi tegang dan proses pernafasan terhalang. Sebaliknya jika kepala menunduk atau cecah dagu ke pangkal dada, suara yang keluar ketika menjerit seakan – akan suara orang yang kena cekik atau orang yang lehernya diikat.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 1 comments
JENIS-JENIS LAKONAN
ARTISTIK
Artistik ialah gerak geri seni baik pada percakapan , mahupun pada gerak lakon. Misalnya dalam sebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata cerita cinta ini dibuat dalam bentuk pantun. Untuk menyesuaikan senikata berpantun ini, maka pengarah terpaksa mengarahkan pelakon – pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diada – adakan.
REALISTIK
Ini gerak geri biasa lawan kepada artistik. Jelasnya sebagaimana kelakuan dan percakapan sehari –hari maka begitulah pula dilakonkan diatas pentas. Hubunagan jenis lakonan artistik dengan realistik bolehlah diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang berjalan itu disebut realistik dan orang menari itu disebut artistik.
WATAK PARADOKS
Ertinya melakonkan banyak wata. Misalnya dalam adegan atau babak pertama dia berlakon sebagai seorang lanun yang ganas, kemudian dalam adegan atau babak kedua dia diminta memainkan watak lain seperti menyamar jadi peminta sedekah dan dalam
adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun semula.
PENGUCAPAN
Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara lansung dari atas pentas. Pengucapan itu hendaklah terang, jelas dan dapat didengar oleh semua penonton walaupun ribuan jumlahnya.
Di negara barat dan negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang pelakon, kerana suara pelakon itu dikehendaki secara lansung sampai ke telinga penonton tanpa dibantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu dengan pembesar suara, itu dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari sejarah perkembangan seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi.
Kesulitan utama bagi seseorang calon pelakon ialah tidak semua orang memiliki suara pentas. Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara sederhana.
Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat memenuhi syarat – syarat kesempurnaan pementasan drama. Ditanah air, syarat kesempurnaan sering menjadi syarat penting dalam pementasan drama. Sebab – sebab yang lain mungkin mereka tidak tahu serta tidak menyedari hal tersebut.
Oleh kerana tidak tahu dan tidak menyedari maka selalu berlaku dimana para pengarah atau jawatankuasa pemilihan pelakon tidak berdasarkan pemilihan calon pelakon kerana suara pentas tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak, lawa, tampan, menarik dan lain – lain lagi walaupun suaranya kurang bagus.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
TEATER-CARA MENGATASI SIFAT GEMURUH
LATIHAN BERANI.
Untuk menjadi seorang yang berani dihadapan umum, hendaklah seseorang itu membiasakan dirinya berani bercakap dihadapan sesiapa pun. Sebelum bercakap dia juga mesti melatih dirinya supaya memandang orang yang dilawan bercakap itu tidak banyak beza dengan dirinya. Jika ada pun perbezaan cuma pangkat sahaja, tidak lebih dari itu. Orang yang berpangkat harus dihormati bukan ditakuti.
Seboleh mungkin latih perasaan sentiasa tenang, sabar, tidak gopoh gapah, baik pada percakapan mahupun pada gerak geri. Latih diri menguasai fikiran sentiasa dapat menundukkan perasaan. Hal ini kerana perbuatan gopoh gapah, terburu – buru, marah, benci dan lain – lain itu datangnya dari perasaan.
KEDUDUKAN PELAKON DI PENTAS
KEDUDUKAN PELAKON
Pelakon hendaklah menguasai pendiriannya ketika berlakon, terutama ketika memainkan peranan yang memerlukan banyak gerakan sama ada cerita moden atau purba yang banyak menggunakan dialog. Pendirian disini bermaksud seseorang pelakon itu sentiasa ingat menghalakan muka dan badan ke arah penonton, walaupun dia sedang bercakap arah ke kiri atau ke kanan panggung dan pelakon yang dilawan bercakap itu berada di belakang.
Cara berdiri pelakon yang sedang menghala kepada penonton hendaklah dalam keadaan menyerong seperti kita memandang ke arah penjuru. Bukan itu sahaja, malah waktu berjalan atau melangkah ke satu – satu tempat pun pelakon itu mesti berada dalam keadaan menyerong.
Pelakon mestilah bergerak seperti pergerakan buah bam. Pelakon akan kelihatan lebih menarik dan gerak gerinya akan lebih jelas dilihat oleh penonton. Pelakon boleh memusing – musingkan badan dan kepala ke kiri serta ke kanan ketika memainkan peranannya.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
TEATER-FAKTOR YANG MENYEBEABKAN DARAH GEMURUH
SEMULAJADI
Mereka yang berperasaan darah gemuruh semulajadi lazimnya sejak dari kecil. Apabila perasaan ini wujud pada calon seniman, maka peluang untuk dia melayakkan diri sebagai seniman yang berani dihadapan penonton adalah tipis. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi seniman yang tidak tampil dikhalayak seperti membawa watak sebagai pelukis,
pengarang dan seumpamanya. Satu cara untuk membantu mengubahnya adalah menemui pakar jiwa.
KETAKUTAN
Rasa takut boleh menyebabkan seseorang mengalami perasaan darah gemuruh. Takut berdepan dengan orang ramai yang memandang kepadanya itu adalah orang yang akan mencari kesalahannya sahaja. Orang ramai akan mentertawakan, mengejek, mengumpat serta mencaci. Sebenarnya dia tidak sanggup dimalukan didepan umum. Oleh itu, orang penakut banyak mengalah seperti tidak mahu bercakap, tampil menyanyi atau berlakon didepan khalayak. Jika dia cuba tampil mungkin dia akan tersalah cakap atau menyanyi dan lakonannya tidak menarik.
KEBIMBANGAN
Individu yang sentiasa bimbang sama ada boleh atau tidak untuk melakukan sesuatu boleh mengalami darah gemuruh. Jika pun boleh, barangkali cuma dihadapan mereka yang rapat sahaja. Begitu juga halnya dengan pelakon yang sentiasa membayangkan wajah – wajah penonton yang bakal menonton lakonan, nyanyian atau tarian mereka. Apabila membayangkan wajah – wajah itu, kebimbangan terhadap apa yang akan mereka persembahkan semakin bertambah.
Jika terpandang wajah - wajah itu, maka berterusanlah bimbang didalam diri, peluh sejuk mula mengalir didahi, bibir terketar – ketar, ingatan tidak tetap, segala yang dihafal dilindung dengan rasa mahu cepat habis sekaligus mendatangkan kesan yang buruk terhadap lakonan mereka kelak.
KURANG KEPERCAYAAN DIRI
Mereka ini lazimnya berkebolehan, layak dan pasti akan dapat melakukan sesuatu sebaiknya. Apabila kebolehan peribadi itu tidak diyakinkan kesanggupannya, maka ia diyakinkan dengan perasaan tidak boleh. Keyakinan itu akan menyebabkan pelakon itu berasa rendah diri dan rendah hati. Jika diketengahkan juga, dia akan melakukannya sambil lewa, tidak sepenuh hati, tiada keinginan serta tawar hambar segala sikapnya. Hal ini sekaligus menghasilkan sesuatu yang mengecewakan. Apatah lagi bidang seni berkait rapat dengan jiwa. Seni yang tidak keluar dari jiwa adalah kosong semata – mata.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
CIRI-CIRI SEORANG PELAKON
Setiap orang yang berlakon diatas pentas disebut pelakon sementara orang yang menonton drama itu disebut penonton. Peranan pelakon di atas pentas tidak sama,ada yang kecil, sederhana dan yang besar. Besar kecil peranan seseorang itu menjadi ukuran kepada berat atau ringan watak – watak yang dimainkan. Peranan berat selalu diukur apabila seseorang pelakon itu melakonkan watak seorang yang lain seperti raja, lanun, pengemis dan lain – lain.
Settiap pelakon mesti menyedari bahawa dia adalah seorang yang disuruh berlako, melakonkan watak orang lain yang bukan wataknya. Disinilah terletak susah payahnya berlakon. Oleh itu dengan sendirinya adalah menjadi kewajipan utama kepada pelakon mempelajari watak – watak yang hendak dilakonkan. Cara mempelajarinya ialah membaca dengan teliti dan menghayati skrip yang diserahkan kepadanya.Penghayatan boleh didapati melalui imaginasi, khayalan atau berangan – angan
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 2 comments
Monday, March 10, 2008
Posted by SYAZWAN at 2:08 AM 0 comments