LATIHAN BERANI.
Untuk menjadi seorang yang berani dihadapan umum, hendaklah seseorang itu membiasakan dirinya berani bercakap dihadapan sesiapa pun. Sebelum bercakap dia juga mesti melatih dirinya supaya memandang orang yang dilawan bercakap itu tidak banyak beza dengan dirinya. Jika ada pun perbezaan cuma pangkat sahaja, tidak lebih dari itu. Orang yang berpangkat harus dihormati bukan ditakuti.
Seboleh mungkin latih perasaan sentiasa tenang, sabar, tidak gopoh gapah, baik pada percakapan mahupun pada gerak geri. Latih diri menguasai fikiran sentiasa dapat menundukkan perasaan. Hal ini kerana perbuatan gopoh gapah, terburu – buru, marah, benci dan lain – lain itu datangnya dari perasaan.
KEDUDUKAN PELAKON DI PENTAS
KEDUDUKAN PELAKON
Pelakon hendaklah menguasai pendiriannya ketika berlakon, terutama ketika memainkan peranan yang memerlukan banyak gerakan sama ada cerita moden atau purba yang banyak menggunakan dialog. Pendirian disini bermaksud seseorang pelakon itu sentiasa ingat menghalakan muka dan badan ke arah penonton, walaupun dia sedang bercakap arah ke kiri atau ke kanan panggung dan pelakon yang dilawan bercakap itu berada di belakang.
Cara berdiri pelakon yang sedang menghala kepada penonton hendaklah dalam keadaan menyerong seperti kita memandang ke arah penjuru. Bukan itu sahaja, malah waktu berjalan atau melangkah ke satu – satu tempat pun pelakon itu mesti berada dalam keadaan menyerong.
Pelakon mestilah bergerak seperti pergerakan buah bam. Pelakon akan kelihatan lebih menarik dan gerak gerinya akan lebih jelas dilihat oleh penonton. Pelakon boleh memusing – musingkan badan dan kepala ke kiri serta ke kanan ketika memainkan peranannya.
Wednesday, March 26, 2008
TEATER-CARA MENGATASI SIFAT GEMURUH
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment