CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 26, 2008

TEATER-FAKTOR YANG MENYEBEABKAN DARAH GEMURUH

SEMULAJADI
Mereka yang berperasaan darah gemuruh semulajadi lazimnya sejak dari kecil. Apabila perasaan ini wujud pada calon seniman, maka peluang untuk dia melayakkan diri sebagai seniman yang berani dihadapan penonton adalah tipis. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi seniman yang tidak tampil dikhalayak seperti membawa watak sebagai pelukis,
pengarang dan seumpamanya. Satu cara untuk membantu mengubahnya adalah menemui pakar jiwa.
KETAKUTAN
Rasa takut boleh menyebabkan seseorang mengalami perasaan darah gemuruh. Takut berdepan dengan orang ramai yang memandang kepadanya itu adalah orang yang akan mencari kesalahannya sahaja. Orang ramai akan mentertawakan, mengejek, mengumpat serta mencaci. Sebenarnya dia tidak sanggup dimalukan didepan umum. Oleh itu, orang penakut banyak mengalah seperti tidak mahu bercakap, tampil menyanyi atau berlakon didepan khalayak. Jika dia cuba tampil mungkin dia akan tersalah cakap atau menyanyi dan lakonannya tidak menarik.
KEBIMBANGAN
Individu yang sentiasa bimbang sama ada boleh atau tidak untuk melakukan sesuatu boleh mengalami darah gemuruh. Jika pun boleh, barangkali cuma dihadapan mereka yang rapat sahaja. Begitu juga halnya dengan pelakon yang sentiasa membayangkan wajah – wajah penonton yang bakal menonton lakonan, nyanyian atau tarian mereka. Apabila membayangkan wajah – wajah itu, kebimbangan terhadap apa yang akan mereka persembahkan semakin bertambah.
Jika terpandang wajah - wajah itu, maka berterusanlah bimbang didalam diri, peluh sejuk mula mengalir didahi, bibir terketar – ketar, ingatan tidak tetap, segala yang dihafal dilindung dengan rasa mahu cepat habis sekaligus mendatangkan kesan yang buruk terhadap lakonan mereka kelak.
KURANG KEPERCAYAAN DIRI
Mereka ini lazimnya berkebolehan, layak dan pasti akan dapat melakukan sesuatu sebaiknya. Apabila kebolehan peribadi itu tidak diyakinkan kesanggupannya, maka ia diyakinkan dengan perasaan tidak boleh. Keyakinan itu akan menyebabkan pelakon itu berasa rendah diri dan rendah hati. Jika diketengahkan juga, dia akan melakukannya sambil lewa, tidak sepenuh hati, tiada keinginan serta tawar hambar segala sikapnya. Hal ini sekaligus menghasilkan sesuatu yang mengecewakan. Apatah lagi bidang seni berkait rapat dengan jiwa. Seni yang tidak keluar dari jiwa adalah kosong semata – mata.

0 comments: