CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 26, 2008

PENGURUSAN LAKONAN

PERASAAN
Dalam hal ini, pelakon berkebolehan menguasai perasaannya apabila membawakan peranan yang diberi. Pabila pelakon muncul di penta, maka perasaan yang ada dalam dirinya ialah sedang melakonkan peranan dan sedang menghadapi ramai penonton.dia bukan lagi diluar panggung, tidak lagi boleh membuat gerak geri dan bercakapsesuka hatinya seperti diluar panggung.
Jika perasaan itu tidak dikuasai dalam dirinya bermakna dia masih mengingat atau berperasaan seperti biasa . Untuk menguasai perasaan ini bukanlah satu kerja mudah. Ini kerana kita memerlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang sungguh – sungguh. Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang berlawanan dari perasaan yang dikehendaki oleh cerita, yang lembut jadi kasar, yang tenang jadi gopoh, yang gembira jadi duka dan seterusnya. Oleh sebab itu, bagi setiap pelakon memang menjadi suatu peraturan atau tatatertib yang sebaik – baiknya supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai terganggu.
SENI KATA
Ini adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lanca, menguasai tekanan – tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu bersambut balas dengan pelakon lain yang dilawan bercakap.
Selain itu penguasaan seni kata juga perlu apabila seni kata itu dihubungkan dengan teknik lampu, muzik, bunyi latar belakang dan lain – lain. Paling penting penguasaan seni kata yang dihubungkan dengan mimik muka, gerak geri dan menghala kepada penonton.
Ini termasuk juga kesan pengucapan seni kata itu kepada penonton. Terutama apabila sampai seni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa terbahak – bahak, tentunya pelakon melayani kesan – kesan itu dengan cara memikirkan penonton puas dengan ketawanya disamping dia sebagai pelakon bijak menokok tambah gerak gerinya untuk memenuhi kekosongan semasa penonton sedang ketawa.
GERAK GERI
Penguasaan gerak geri ialah menguasai semua gerak geri yang dihidupkan diatas panggung sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Peranan Hang Tuah yang tenang dan Hang Jebat yang lincah jangan jadi sebaliknya. Keadaan sedang tenang, marah, memujuk atau merayu. Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui dikawasan mana dia sedang berdiri sama ada kawasan tengah ( bahagian depan ), kawasan sederhana ( bahagian tengah ) atau kawasan over acting ( bahagian belakang ).
Namun biar apapun gerak lakon yang dibuatnya, jangan lupa hubungannya secara langsung kepada penonton. Misalnya gerak geri geram sebagai pembunuh, biasanya keris dijunam ke dalam perut mangsa atau mangsa diseksa terlebih dahulu dan lain - lain lagi.

0 comments: