PERASAAN
Dalam hal ini, pelakon berkebolehan menguasai perasaannya apabila membawakan peranan yang diberi. Pabila pelakon muncul di penta, maka perasaan yang ada dalam dirinya ialah sedang melakonkan peranan dan sedang menghadapi ramai penonton.dia bukan lagi diluar panggung, tidak lagi boleh membuat gerak geri dan bercakapsesuka hatinya seperti diluar panggung.
Jika perasaan itu tidak dikuasai dalam dirinya bermakna dia masih mengingat atau berperasaan seperti biasa . Untuk menguasai perasaan ini bukanlah satu kerja mudah. Ini kerana kita memerlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang sungguh – sungguh. Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang berlawanan dari perasaan yang dikehendaki oleh cerita, yang lembut jadi kasar, yang tenang jadi gopoh, yang gembira jadi duka dan seterusnya. Oleh sebab itu, bagi setiap pelakon memang menjadi suatu peraturan atau tatatertib yang sebaik – baiknya supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai terganggu.
SENI KATA
Ini adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lanca, menguasai tekanan – tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu bersambut balas dengan pelakon lain yang dilawan bercakap.
Selain itu penguasaan seni kata juga perlu apabila seni kata itu dihubungkan dengan teknik lampu, muzik, bunyi latar belakang dan lain – lain. Paling penting penguasaan seni kata yang dihubungkan dengan mimik muka, gerak geri dan menghala kepada penonton.
Ini termasuk juga kesan pengucapan seni kata itu kepada penonton. Terutama apabila sampai seni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa terbahak – bahak, tentunya pelakon melayani kesan – kesan itu dengan cara memikirkan penonton puas dengan ketawanya disamping dia sebagai pelakon bijak menokok tambah gerak gerinya untuk memenuhi kekosongan semasa penonton sedang ketawa.
GERAK GERI
Penguasaan gerak geri ialah menguasai semua gerak geri yang dihidupkan diatas panggung sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Peranan Hang Tuah yang tenang dan Hang Jebat yang lincah jangan jadi sebaliknya. Keadaan sedang tenang, marah, memujuk atau merayu. Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui dikawasan mana dia sedang berdiri sama ada kawasan tengah ( bahagian depan ), kawasan sederhana ( bahagian tengah ) atau kawasan over acting ( bahagian belakang ).
Namun biar apapun gerak lakon yang dibuatnya, jangan lupa hubungannya secara langsung kepada penonton. Misalnya gerak geri geram sebagai pembunuh, biasanya keris dijunam ke dalam perut mangsa atau mangsa diseksa terlebih dahulu dan lain - lain lagi.
Wednesday, March 26, 2008
PENGURUSAN LAKONAN
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
LATIHAN SUARA PENTAS
KEPERLUAN MENARIK NAFAS
Cubalah menjerit. Cuba panggil kawan dari jauh atau memekik minta tolong. Hal ini kerana sebelum menjerit kit perlu menarik nafas terlebih dahulu.
URAT LEHER
Gaya orang menjerit atau memekik meminta tolong. Kepala mendongak atau separa mendongak. Contoh yang boleh dilihat adalah para penyanyi ketika menyanyi di pembesar suara. Begitu juga yang berlaku pada pembaca Al – Quran. Sewaktu mendongak, urat leher menjadi tegang dan proses pernafasan terhalang. Sebaliknya jika kepala menunduk atau cecah dagu ke pangkal dada, suara yang keluar ketika menjerit seakan – akan suara orang yang kena cekik atau orang yang lehernya diikat.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 1 comments
JENIS-JENIS LAKONAN
ARTISTIK
Artistik ialah gerak geri seni baik pada percakapan , mahupun pada gerak lakon. Misalnya dalam sebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata cerita cinta ini dibuat dalam bentuk pantun. Untuk menyesuaikan senikata berpantun ini, maka pengarah terpaksa mengarahkan pelakon – pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diada – adakan.
REALISTIK
Ini gerak geri biasa lawan kepada artistik. Jelasnya sebagaimana kelakuan dan percakapan sehari –hari maka begitulah pula dilakonkan diatas pentas. Hubunagan jenis lakonan artistik dengan realistik bolehlah diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang berjalan itu disebut realistik dan orang menari itu disebut artistik.
WATAK PARADOKS
Ertinya melakonkan banyak wata. Misalnya dalam adegan atau babak pertama dia berlakon sebagai seorang lanun yang ganas, kemudian dalam adegan atau babak kedua dia diminta memainkan watak lain seperti menyamar jadi peminta sedekah dan dalam
adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun semula.
PENGUCAPAN
Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara lansung dari atas pentas. Pengucapan itu hendaklah terang, jelas dan dapat didengar oleh semua penonton walaupun ribuan jumlahnya.
Di negara barat dan negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang pelakon, kerana suara pelakon itu dikehendaki secara lansung sampai ke telinga penonton tanpa dibantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu dengan pembesar suara, itu dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari sejarah perkembangan seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi.
Kesulitan utama bagi seseorang calon pelakon ialah tidak semua orang memiliki suara pentas. Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara sederhana.
Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat memenuhi syarat – syarat kesempurnaan pementasan drama. Ditanah air, syarat kesempurnaan sering menjadi syarat penting dalam pementasan drama. Sebab – sebab yang lain mungkin mereka tidak tahu serta tidak menyedari hal tersebut.
Oleh kerana tidak tahu dan tidak menyedari maka selalu berlaku dimana para pengarah atau jawatankuasa pemilihan pelakon tidak berdasarkan pemilihan calon pelakon kerana suara pentas tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak, lawa, tampan, menarik dan lain – lain lagi walaupun suaranya kurang bagus.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
TEATER-CARA MENGATASI SIFAT GEMURUH
LATIHAN BERANI.
Untuk menjadi seorang yang berani dihadapan umum, hendaklah seseorang itu membiasakan dirinya berani bercakap dihadapan sesiapa pun. Sebelum bercakap dia juga mesti melatih dirinya supaya memandang orang yang dilawan bercakap itu tidak banyak beza dengan dirinya. Jika ada pun perbezaan cuma pangkat sahaja, tidak lebih dari itu. Orang yang berpangkat harus dihormati bukan ditakuti.
Seboleh mungkin latih perasaan sentiasa tenang, sabar, tidak gopoh gapah, baik pada percakapan mahupun pada gerak geri. Latih diri menguasai fikiran sentiasa dapat menundukkan perasaan. Hal ini kerana perbuatan gopoh gapah, terburu – buru, marah, benci dan lain – lain itu datangnya dari perasaan.
KEDUDUKAN PELAKON DI PENTAS
KEDUDUKAN PELAKON
Pelakon hendaklah menguasai pendiriannya ketika berlakon, terutama ketika memainkan peranan yang memerlukan banyak gerakan sama ada cerita moden atau purba yang banyak menggunakan dialog. Pendirian disini bermaksud seseorang pelakon itu sentiasa ingat menghalakan muka dan badan ke arah penonton, walaupun dia sedang bercakap arah ke kiri atau ke kanan panggung dan pelakon yang dilawan bercakap itu berada di belakang.
Cara berdiri pelakon yang sedang menghala kepada penonton hendaklah dalam keadaan menyerong seperti kita memandang ke arah penjuru. Bukan itu sahaja, malah waktu berjalan atau melangkah ke satu – satu tempat pun pelakon itu mesti berada dalam keadaan menyerong.
Pelakon mestilah bergerak seperti pergerakan buah bam. Pelakon akan kelihatan lebih menarik dan gerak gerinya akan lebih jelas dilihat oleh penonton. Pelakon boleh memusing – musingkan badan dan kepala ke kiri serta ke kanan ketika memainkan peranannya.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
TEATER-FAKTOR YANG MENYEBEABKAN DARAH GEMURUH
SEMULAJADI
Mereka yang berperasaan darah gemuruh semulajadi lazimnya sejak dari kecil. Apabila perasaan ini wujud pada calon seniman, maka peluang untuk dia melayakkan diri sebagai seniman yang berani dihadapan penonton adalah tipis. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi seniman yang tidak tampil dikhalayak seperti membawa watak sebagai pelukis,
pengarang dan seumpamanya. Satu cara untuk membantu mengubahnya adalah menemui pakar jiwa.
KETAKUTAN
Rasa takut boleh menyebabkan seseorang mengalami perasaan darah gemuruh. Takut berdepan dengan orang ramai yang memandang kepadanya itu adalah orang yang akan mencari kesalahannya sahaja. Orang ramai akan mentertawakan, mengejek, mengumpat serta mencaci. Sebenarnya dia tidak sanggup dimalukan didepan umum. Oleh itu, orang penakut banyak mengalah seperti tidak mahu bercakap, tampil menyanyi atau berlakon didepan khalayak. Jika dia cuba tampil mungkin dia akan tersalah cakap atau menyanyi dan lakonannya tidak menarik.
KEBIMBANGAN
Individu yang sentiasa bimbang sama ada boleh atau tidak untuk melakukan sesuatu boleh mengalami darah gemuruh. Jika pun boleh, barangkali cuma dihadapan mereka yang rapat sahaja. Begitu juga halnya dengan pelakon yang sentiasa membayangkan wajah – wajah penonton yang bakal menonton lakonan, nyanyian atau tarian mereka. Apabila membayangkan wajah – wajah itu, kebimbangan terhadap apa yang akan mereka persembahkan semakin bertambah.
Jika terpandang wajah - wajah itu, maka berterusanlah bimbang didalam diri, peluh sejuk mula mengalir didahi, bibir terketar – ketar, ingatan tidak tetap, segala yang dihafal dilindung dengan rasa mahu cepat habis sekaligus mendatangkan kesan yang buruk terhadap lakonan mereka kelak.
KURANG KEPERCAYAAN DIRI
Mereka ini lazimnya berkebolehan, layak dan pasti akan dapat melakukan sesuatu sebaiknya. Apabila kebolehan peribadi itu tidak diyakinkan kesanggupannya, maka ia diyakinkan dengan perasaan tidak boleh. Keyakinan itu akan menyebabkan pelakon itu berasa rendah diri dan rendah hati. Jika diketengahkan juga, dia akan melakukannya sambil lewa, tidak sepenuh hati, tiada keinginan serta tawar hambar segala sikapnya. Hal ini sekaligus menghasilkan sesuatu yang mengecewakan. Apatah lagi bidang seni berkait rapat dengan jiwa. Seni yang tidak keluar dari jiwa adalah kosong semata – mata.
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 0 comments
CIRI-CIRI SEORANG PELAKON
Setiap orang yang berlakon diatas pentas disebut pelakon sementara orang yang menonton drama itu disebut penonton. Peranan pelakon di atas pentas tidak sama,ada yang kecil, sederhana dan yang besar. Besar kecil peranan seseorang itu menjadi ukuran kepada berat atau ringan watak – watak yang dimainkan. Peranan berat selalu diukur apabila seseorang pelakon itu melakonkan watak seorang yang lain seperti raja, lanun, pengemis dan lain – lain.
Settiap pelakon mesti menyedari bahawa dia adalah seorang yang disuruh berlako, melakonkan watak orang lain yang bukan wataknya. Disinilah terletak susah payahnya berlakon. Oleh itu dengan sendirinya adalah menjadi kewajipan utama kepada pelakon mempelajari watak – watak yang hendak dilakonkan. Cara mempelajarinya ialah membaca dengan teliti dan menghayati skrip yang diserahkan kepadanya.Penghayatan boleh didapati melalui imaginasi, khayalan atau berangan – angan
Posted by SYAZWAN at 10:17 AM 2 comments
Monday, March 10, 2008
Posted by SYAZWAN at 2:08 AM 0 comments
Wednesday, March 5, 2008
Komputer Anda Cukup Pantas?
Post Berkaitan:
1. Kosongkan Temp Directory secara berkala
2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala
3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda
4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up
Anda mungkin perlu menggunakan sebuah 3rd party utility untuk memeriksa segalanya untuk anda secara automatik. Ada banyak program yang tersedia, salah satunya adalah TuneSelain itu, Utiliti ini juga akan tune-up sistem anda untuk peningkatan speed, checks, dan membersihkan registry anda, menyesuaikan memory untuk anda, membuat Internet setting anda agar lebih cepat ketika mendownload dan browsing, dan membuat OS anda bekerja secara maksima. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kepantasan komputer anda.
Post Berkaitan:
1. Kosongkan Temp Directory secara berkala
2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala
3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda
MENINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA
Ada dua tips pemeriksaan hard disks – satu adalah pemeriksaan file, dimana memeriksa status OS anda akan memeriksa semua file anda, struktur file anda, dan pemeriksaan software lainnya. Jika ada masalah software (seperti sebuah FAT yang rusak) dan lain-lain, pemeriksaan ini akan berusahan untuk memperbaikinya.
Langkah kedua adalah pemeriksaan hardware disk secara fizikal. Pemeriksaan ini adalah untuk permukaan hard disk anda, untuk melihat apakah ada bad sectors di hard drive anda, untuk melihat jika drive anda sedang menghadapi masalah. Pemeriksaan ini akan berusaha untuk memperbaiki bad sector tersebut, tapi jika tidak berkesan maka akan ditanda dan akan dilakukan usaha untuk memindahkan file atau potongan file ke good sector dari disk. Dengan adanya tanda ini, maka anda dapat mengenal pasti agar tidak menyimpan file di sektor tersebut.
Untuk Windows 95,98 atau ME - klik dua kali My Computer, Klik kanan Drive C - Properties. Pilih tab Tools - pilih pemeriksaan terhadap masalah komputer anda. Thorough Scan adalah untuk memeriksa permukaan Hard Disk yang rosak. Proses ini mengambil masa yang agak lama dan anda boleh lakukan bila berlaku masalah ke atas Hard Disk anda.
Standard Scan pula memeriksa masalah fail-fail yang terdapat di dalam hard disk computer anda. Anda boleh menjalankan proses ini seminggu sakali.Up Utilities. Program ini cukup baik dan berkesan untuk memeriksa struktur file komputer anda, master boot record, file allocation table, dan files. Ia juga sesuai untuk memeriksa dan memperbaiki bad sectors dari physical disk drives anda.
Untuk Windows 2000 dan XP – klik dua kali My Computer, klik kanan Dirve C – Properties. Pilih tab Tools dan pilih “Error Checking – Check Now”.Terdapat dua pilihan iaitu pemeriksaan fail dan pemeriksaan fizikal hardware (physical disk). Anda boleh memilih salah satu atau memilih kedua-duanya. Selepas menekan butang Start dan selepas pemeriksaan, anda diminta untuk menjalankan CHKDSK, hanya klik YES dan reboot. Proses ini mengambil masa yang agak lama bergantung kepada system anda.
Post Berkaitan
Kosongkan Temp Directory secara berkala
Kosongkan Temp Internet Files secara berkala
Posted by SYAZWAN at 5:48 AM 0 comments
Rahsia Komputer
Satu lagi langkah untuk menjadikan computer anda bejalan dengan baik dan lancar ialah memasang dan menjalankan perisian antivirus. Ia bertujuan mengelakkan kompuer anda diserang segala macam virus yang tidak dikenali.
Lakukan ini secara berkala agar terhindar dari virus dan Trojan horses yang dapat mengambil alih sistem anda. Jika anda memiliki sebuah virus, performance sistem anda akan menurun secara drastik. Virus dapat melakukan segala hal buruk terhadap komputer anda. Mereka dapat mengambil alih komputer anda, menghapus hard drive anda, menggunakan komputer anda sebagai server, memberikan anda sejumlah muzik illegal atau program dan memberitahu semua teman anda untuk mendownloadnya dari anda.
Terdapat banyak perisian Anti Virus percuma yang boleh menjalankan fungsinya dengan baik.
1. Kosongkan Temp Directory secara berkala
2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala
3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda
Dalam Windows XP – Klik kanan pada Desktop dan pilih Properties. Pada tab Desktop pilih Customize Desktop. Sekarang dalam tab Web, pastikan tiada website yang dipilih. Jika tiada maksudnya Active Desktop tidak berfungsi.
Post Berkaitan:
1. Kosongkan Temp Directory secara berkala
2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala
3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda
4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up
5. Meningkatkan Kuasa Windows XP
- TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA
Pada dasarnya, segala fungsi yang terdapat di dalam perisian Windows Xp computer anda adalah berfungsi. Namun ini bukan sesuatu yang cukup baik dalam sesetengah keadaan. Ia sebenarnya hanyalah untuk tujuan penampilan windows dan mungkin ada fungsi ini tidak di perlukan. Anda boleh mematikan beberapa fungsi yang tidak digunakan dan windows XP anda akan tetap boleh bekerja dengan baik dan mungkin lebih cepat lagi.
Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up
Meningkatkan Kuasa Windows XPTombol Mouse Scroll
Quick Searches
Ada dua perkara yang membuatkan Firefox menjadi browser yang diminati, yang pertama adalah fungsi tab, dan yang kedua adalah quick search (pencarian cepat). Banyak orang yang belum menggunakan fungsi ini, namun sebaiknya setelah anda membaca artikel ini anda seharusnya tahu fungsi tersebut.Fungsi Quick Search Firefox memungkinkan anda untuk melakukan set-up akses satu klik pada laman web kegemaran anda.
Bagaimana cara menggunakannya:
Pergilah ke laman web yang anda ingin set-up untuk quick search.
Klik kanan pada search field dan pilih “Add a Keyword for this Search...”
Pilih sebuah kata dan masukan kata tersebut pada “Keyword” field.
Tekan OK.
Jika lain kali anda ingin mencari laman web tersebut tersebut, anda hanya pergi ke address bar dan taipkan kata yang ingin dicari.
Open New Tab Window
Hanya untuk Firefox browser. Dengan menekan Ctrl+T anda telah membuka tab kosong. Ini juga merupakan salah satu yang termudah untuk diingat.
Menggunakan Google sebagai unit converter
Ingin mengubah USD ke EUR? Atau meter ke kilometer? Apapun unitnya, anda boleh dengan mudah melakukannya dengan Google. Hnaya menaip (”45 GBP in USD”, “31 miles in km”) atau kata lainnya dan cari. Google akan secara instant mengubah seluruh unit dan menunjukan hasilnya.
kebanyakan dapat dilaksanakan dengan semua browser Active Desktop berfungsi mengubah desktop anda menjadi seperti sebuah web page, dan membuat anda memiliki fungsi seperti real-time calender, dan up-to-the-minute weather or stocks. Hal-hal ini cukup menarik, tapi sistem anda akan menjadi lebih lambat ketika fungsi ini ada di background sepanjang waktu.
Untuk mematikan fungsi Active Desktop, sila ikuti panduan berikut :
Dalam Windows 95, 98 dan ME – Klik kanan pada Desktop dan di dalam menu “pop-up” pilih Active Desktop. Di dalam pilihan tersebut, uncheck Active Desktop.
Dalam Windows 2000 - Klik kanan pada Desktop dan di dalam menu “pop-up” pilih Active Desktop. Dalam pilihan tersebut, uncheck Show Web Content.
Posted by SYAZWAN at 5:39 AM 0 comments
Sistem Rangkaian Komputer
Bilangan
Sistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1.
Local Area Network (LAN)
Kawasan Kecil (10km)
Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2.
Metropolitan Area Network (MAN)
Kawasan lebih besar
(10-50km)
Bandar, negeri.
3.
Wide Area Network (WAN)
Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)
Seluruh dunia, negara,
Internet
Rangkaian Setempat (Local Area Network) Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Komponen-komponen LAN
Topologi LAN
Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LAN
Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX
Kelebihan
Kelemahan
Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
Kelebihan
Kelemahan
Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
Sesuai untuk organisasi yang kecil.
Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
Lambat berbanding dengan sistem client-server.
B. Komponen-komponen untuk LAN
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D
2. Stasen kerja (Workstation)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.
3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220), 10Base (RM 120)
Token Ring Card
LocalTalk Connector
4. Kabel
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.
Bil
Jenis Kabel
Keserasian
Ethernet
Token Ring
Arcnet
FDDI
I
Coaxial
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
Bilanagan,Jenis, Kabel,Kecekapan,Kelajuan,Ketahanan danHarga
I .Coaxial,Cepat, Lebih Baik,Sedang.
II.Shieled Twisted Pair (STP),Lebih cepat, Baik,Rendah
III.Unshieled Twisted Pair (UTP),Dapat diterima, Terpengaruh oleh interferen elektromagnetikTerendah
IV.Fiber Optic,Paling laju,Kebal terharap interferen elektromagnetik Tertinggi,Jadual Kecekapan Kabel, dan Soket (Connector)
Jenis Kabel
Jenis Soket
I.CoaxialBNC dan BNC T-Connector
II.Shieled Twisted Pair (STP)RJ-45
III.Unshieled Twisted Pair (UTP)RJ-45
IV.Fiber OpticST Connector, SC Connector
Alat tambahan
a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan wayar ke dalam soket. b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.
Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network) .Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming). Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)
5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
Mengelola permintaan layanan printer.
Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX
6. Hab(Hub)
Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways
Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.
8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
9. Perisian aplikasi
Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.
C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN
Jenis-jenis Topologi Fizikal
Bas (Linear Bus)
Bintang (Star)
Cincin (Star-wired Ring)
Tree
i. Bas (Linear Bus) Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
Kelebihan
Kelemahan
Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
Murah.
Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .
Sukar mengesan kerosakan.
Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
Terminator: Terminater 50 ohm
Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
ii. Bintang (Star) Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan
Kelemahan
Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
Tiada perlanggaran (collision) data.
Mudah untuk mengesan kerosakan .
Mudah dikembangkan.
Penggunaan banyak kabel.
Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.
Lebih mahal berbanding dengan linear bus.
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports , Ethernet Hub 16 ports
iii. Cincin (Star-wired Ring) Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.
Kelebihan
Kelemahan
Penghantaran data laju.
Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
Masa untuk mengakses data optimal.
Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data
Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.
Sukar mengesan punca kerosakan.
Jenis NIC : Token Ring Card
Kabel: Twisted- pair
Connector: RJ-45,
Protocol: Token Ring
Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat melalui cincin (Ring)
iv. Tree Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas
Kelebihan
Kelemahan
Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
Sukar dalam configurasi dan pendawaian
Jenis NIC : Ethernet Card,
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Posted by SYAZWAN at 5:08 AM 0 comments
Pengenalan Kepada Sistem dan Rangkaian Komputer
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
Berkongsi Fail Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
Menimdahkan Fail Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail) Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
Posted by SYAZWAN at 5:06 AM 0 comments
Pemenang Festival Teater Malaysia 2006
KEPUTUSAN FTM '06
KUBAS JOHAN FTM 06Bermula pada 19 haribulan Ogos 2006,Festival Teater Malaysia 2006 telah dilancarkan dengan meriahnya oleh Datuk Johan Jaafar selaku Pengerusi Majlis Seni Budaya Malaysia di MTC Jalan Ampang.
Bermacam acara telah diadakan sepanjang festival dwitahunan itu seperti Sidang Keilmuan, Fragmen Seni, Monolog dan Teater Malaysia. Namun apa yang lebih menarik ialah kehadiran lima kumpulan teater yang mewakili negeri masing-masing untuk menyertai pertandingan akhir peringkat kebangsaan ini. Selama lima malam mereka telah mempertaruhkan nasib melalui persembahan mereka yang masing-masing mempunyai kreativiti dan idea yang tersendiri.
Akhirnya, pada 26 Ogos berlangsunglah Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah sebagai acara terakhir untuk Festival Teater Malaysia 2006. Majlis yang tidak kurang meriahnya itu telah meninggalkan kenangan manis kepada dunia teater tanah air. Yang menang telah membawa pulang hadiah masing-masing dan yang kalah juga membawa kenangan, pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang festival itu berlangsung.
KUBAS yang mewakili negeri Kedah ternyata membawa kemenangan yang cemerlang dan paling banyak menggondol hadiah pada malam itu. Ia patut dibanggakan oleh seluruh rakyat negeri jelapang padi itu dan menjadi contoh yang baik kepada penggiat teater yang lain.
Dengan persembahan yang menarik melalui teater Angin Kering karya Datuk Johan Jaaffar dan diarahkan oleh Aznida Noor Azizan, KUBAS bukan saja berjaya menarik perhatian perhatian panel juri, malah menerima pujian melambung daripada penonton yang menyaksikannya. Dengan memilih teknik persembahan Mek Mulong dan ciri-ciri tradisi yang lain, beserta kesungguhan dan komitmen seluruh produksinya, mereka berjaya membawa pulang RM15,000 sebagai Johan Kebangsaan untuk tahun 2006.
Begitu juga dengan hadiah-hadiah lain seperti Pengarah Terbaik (RM3,000), Rekabentuk Produksi Terbaik (RM3,000), Pelakon Wanita Terbaik (RM 3,000), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (RM2,000) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (RM2,000). Jumlah keseluruhan yang telah dimenangi ialah RM28,000.
Pulau Pinang yang diwakili oleh Kumpulan Resdong’s pula telah menyandang tempat kedua dengan Hadiah RM10,000 melalui teater Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan dan diarahkan oleh Azwan Abdul Wahab.
Sementara tempat ketiga (RM8,000) dimenangi oleh Negeri Terengganu melalui Kumpulan KEULU yang membawa teater Orang Ulu Hatinya Luke Lagih yang ditulis sendiri oleh pengarahnya, Ibrahim Mohd. Taib. Dengan memaparkan kehidupan tradisi orang-orang di Ulu Trengganu,KEULU berjaya meraih dua lagi hadiah lain iaitu Hadiah Pelakon Harapan Wanita Terbaik melalui watak Maria lakonan Norasilla Mohd.Nor dan juga Hadiah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui watak Medam lakonan Mohd Ramadam Hassan.
Sanggar Creative dari Negeri Sarawak yang mementaskan teater Terdampar pula hanya membawa pulang satu hadiah iaitu Hadiah Pelakon Lelaki Terbaik (RM3,000) melalui watak Lelaki II oleh Mohd. Zohren Sahari Chee.
Panel juri terdiri daripada mereka yang begitu berpengalaman dalam bidang teater iaitu Rosminah Tahir selaku Ketua Panel, Ahmad Yatim, Hamzah Tahir, Susana Gomez dan Anthony Meh Kim Chuan.
SENARAI PENUH PEMENANG FESTIVAL TEATER MALAYSIA '06PELAKON HARAPAN WANITA TERBAIK:Nama : Norasilla Mohd. NoorWatak : MariaKumpulan : KEULUNegeri : TerengganuPELAKON HARAPAN LELAKI TERBAIK:Nama : Mohd.Ramadam HassanWatak : MedamKumpulan : KEULUNegeri : TerengganuPELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK:Nama : Dalili AzhariWatak : JelitaKumpulan : KUBASNegeri : KedahPELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK:Nama : Rohizam NorWatak : MahatahuKumpulan : KUBASNegeri : KedahPELAKON WANITA TERBAIK:Nama : Siti Salwani ShaariWatak : MataniKumpulan : KUBASNegeri : KedahPELAKON LELAKI TERBAIK:Nama : Mohd Zohren Sahari CheeWatak : Lelaki IIKumpulan : SANGGAR CREATIVE PRODUCTIONNegeri : SarawakPENGARAH TERBAIK:Nama : Aznida Noor AzizanKumpulan : KUBASNegeri : KedahREKA BENTUK PRODUKSI TERBAIK:Kumpulan : KUBASNegeri : KedahTEMPAT KETIGA:Kumpulan : KEULUNegeri : TrengganuJudul Teater : Orang Ulu Hatinya luke lagiTEMPAT KEDUA:Kumpulan : RESDONG’sNegeri : Pulau PinangJudul Teater : Jebat.JOHAN KEBANGSAAN:Kumpulan : KUBASNegeri : KedahJudu Teater : Angin Keringma!"
Posted by SYAZWAN at 4:38 AM 0 comments
Festival Teater Kebangsaan
lima pasukan berentap rebut juara
Festival Teater Kebangsaan (FTM) kembali diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 28 Ogos ini. Sebelum ini, FTM yang dinamakan Pekan Teater Kebangsaan (PTK) lebih difokuskan kepada pertandingan persembahan oleh kumpulan teater dari negeri-negeri seluruh negara.
Tetapi FTM 2006 kali ini dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti seperti sidang keilmuan, berdebat, khidmat masyarakat, persembahan seni antara kaum dan bazar seni. Namun, kemuncak kepada aktiviti FTM adalah pertandingan pementasan teater bagi merebut gelaran Juara FTM 2006.
Sebanyak lima kumpulan akan berentap pada FTM kali ini yang akan berlangsung di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Kuala Lumpur.
Kumpulan tersebut adalah dari Kedah, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu. kumpulan Rumpun Seni Teater dan Persembahan Anak Kolej PTPL (Rentak PTPL) dari Sabah akan mementaskan Naskhah Kerusi karya Dr. Hatta Azad Khan.
Kumpulan Sanggar Creative Production dari Sarawak pula memilih karya adaptasi berjudul Terdampar karya Slwomir Mrozek. Kumpulan KEULU dari Terengganu akan mementaskan karya baru berjudul Uraung Ulu Hatinye Luke Lagi karya Ibrahim Mohd. Taib. Kumpulan Kreatif Utama Anak Seni (KUBAS) dari Kedah pula memilih Angin Kering karya Datuk Johan Jaafar untuk dipertandingkan.
Kumpulan Resdong’s dari Pulau Pinang pula memilih naskhah Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan. Lima kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir itu telah melalui persaingan sengit daripada keseluruhan 14 pasukan yang bertanding di peringkat negeri dari 18 Mac hingga 16 April lalu. Nampaknya kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir masih dipengaruhi oleh karya yang sudah popular dalam sejarah PTK.
Barangkali ini secara tidak langsung menimbulkan ‘kebosanan’ kepada penonton dan panel hakim. Bagaimanapun, daya kreatif kumpulan untuk menghayati dan melihat dimensi lain yang di luar konversional pasti memberikan kelebihan kepada mereka. Tentunya mereka memerlukan tafsiran baru terhadap naskhah tersebut.Bagi kumpulan yang mencuba karya baru atau tidak popular di kalangan aktivis teater seperti yang dilakukan oleh Kumpulan KEULU Uraung Ulu Hatinye Luke Lagi karya Ibrahim Mohd. Taib, misalnya, memerlukan kerja yang bukan sedikit.
Ini kerana mereka harus memahami dengan jelas naskhah tersebut untuk menarik minat khalayak mengikuti plot teater tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Norliza Rofli, FTM dianjurkan dengan tujuan melahirkan mutu pementasan teater yang berkualiti.
Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para penggiat teater mempamerkan kemantapan persembahan dengan memberikan satu tahun proses persediaan dan penyertaan kepada penggiat terlibat.
“Program ini diharap dapat mengenali, berkongsi ilmu, bertukar pengalaman dan berinteraksi di kalangan penggiat teater negeri yang terlibat ke arah kemajuan kesenian antara pelbagai kaum, peringkat umur dan kerjaya.
“Tidak ketinggalan ia juga bertujuan memartabatkan dan merakyatkan teater ke arah pembangunan masyarakat berbilang kaum di negara ini,’’ kata Norliza ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara penggiat teater yang lahir daripada pertandingan teater sebelum ini ialah Prof. Madya Dr. Samad Salleh, Supiat Mukri, Dinsman, Megat Saiful Bahari, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Prof. Mohd. Taib Osman, Kalam Hamidi, Hashim Yassin dan ramai lagi.
Menurut Norliza, pertandingan sebelum ini mendapati kualiti teater yang dipertandingkan di 14 negeri tidak begitu menyerlah.
“Kita menyenarai pendek hanya lima kumpulan itu untuk memberi peluang kepada kumpulan tersebut membuat persiapan yang mantap dan berkualiti,’’ tambahnya.
Beliau menambah, FTM kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM51,000 yang dibahagikan kepada 11 kategori. Johan kebangsaan akan memperoleh RM15,000, naib johan (RM10,000) dan tempat ketiga (RM8,000).
Selain hadiah bagi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Reka Bentuk Produksi Terbaik akan menerima hadiah RM3,000 tiap seorang.
Hadiah berjumlah RM2,000 setiap satu ditawarkan kepada Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik ditawarkan hadiah RM1,000 setiap satu.
Posted by SYAZWAN at 4:35 AM 0 comments
Festival Teater Malaysia
Posted by SYAZWAN at 4:32 AM 1 comments
Sejarah Festival Teater Malaysia
Di antara nama penggiat teater yang lahir dari pertandingan ini ialah Prof Madya Dr. Samad Salleh, Tuan Haji Supiat Mukri, Dinsman, Megat Saiful Bahari, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Prof. Mohd Taib Osman, Kalam Hamidi, Hashim Yassin dan ramai lagi. Pada tahun 1980an, Pesta Tarian dan Drama dihentikan penganjurannya buat seketika.Pada tahun 1990, Pesta Tarian dan Drama disambung semula dalam format baru. Berfokus kepada teater, nama barunya Pekan Teater; dibawah pengelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Pekan Teater masih dalam bentuk pertandingan dan dibuka penyertaannya kepada kumpulan teater samada berdaftar atau tidak berdaftar. Medium penyampaian ialah dalam Bahasa Melayu.
Pada tahun 2002, Pekan Teater diberi wajah baru dengan nama Festival Teater Malaysia. Dari johan peringkat negeri, beberapa kumpulan dipilih ke peringkat Kebangsaan. Buat pertama kalinya, pengisian Festival Teater Malaysia diperluaskan untuk merangkumi persembahan Monolog dan Fragmen Seni.Pengisian Festival Teater Malaysia 2003 diperkemaskan bagi memaparkan wajah dan imej Malaysia iaitu dengan penyertaan penggiat teater pelbagai kaum melalui segmen persembahan jemputan. 7 kumpulan terbaik negeri masih dipertandingkan sebagai satu komponen Festival Teater Malaysia disamping komponen yang lain seperti Monolog, Fragmen Seni, lawatan ke panggung teater dan Sidang Ilmu.Festival Teater Malaysia 2004 terus membawa pembaruan sebagai usaha untuk memupuk penggiat seni berkarya dalam kumpulan secara berterusan, penyertaan untuk segmen pertandingan teater dibuka kepada kumpulan yang berdaftar sahaja. Buat pertama kalinya juga, pertandingan turut dibuka kepada penyertaan kumpulan-kumpulan yang berdaftar sebagai syarikat seni.Penganjuran Festival Teater Malaysia, mulai tahun 2006 adalah bersifat dwi tahunan. Ini adalah bertujuan memberi tempoh masa yang lebih panjang kepada kumpulan-kumpulan teater untuk membuat latihan dan memantapkan lagi persembahan. T
Tahun 2005 sebanyak 105 kumpulan teater telah mengambil bahagian, masing-masing di 14 buah negeri seluruh negara. Rata-rata pesertanya terdiri daripada belia-belia muda. Ini merupakan pengkhabaran yang cukup bermakna khususnya kepada khalayak teater bagi menyemarakkan lagi arena teater tanah air.
Posted by SYAZWAN at 4:30 AM 0 comments
Wednesday, February 27, 2008
Sejarah Komputer
Sebelum tahun 1940. Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit. Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu.Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage.Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan menganalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887.Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik.Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.
Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.
Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
Generasi Pertama (1940 - 1959) Generasi Kedua (1959 -1964) Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an) Generasi Keempat (awal 80-an - ?) Generasi Kelima (masa depan)Generasi Pertama Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.Genarasi kedua Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya. Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.
Generasi ketiga ialah Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain. Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas. Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.Generasi keempat Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.Generasi kelima Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa. Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
Posted by SYAZWAN at 5:20 AM 0 comments