CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Festival Teater Malaysia


Festival Teater Malaysia berpeluang merebut hadiah, tampilkan bakat pementasan teater besar seperti Puteri Gunung Ledang, Lantai T.Pinkie, M Opera dan Naga Tasik Cini di Istana Budaya sebenarnya tidak mengugat aktiviti teater kumpulan amatur. Barangkali pementasan besar di tempat sebesar Istana Budaya itu memberikan semangat kepada mereka untuk terus berjuang menerusi pertandingan yang telah diperkenalkan sejak tahun 80-an lagi.Pertandingan bagi kumpulan amatur yang mula dikenali sebagai Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia itu diteruskan dengan nama Pekan Teater Kebangsaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebelum terus bernyawa hingga kini, dikenali sebagai Festival Teater Malaysia (FTM) di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Norliza Rofli, bagi tahun ini FTM melalui proses perubahan lagi. Jika tahun sebelumnya iaitu pada 2004 sebanyak tujuh kumpulan dipilih untuk ke peringkat akhir, namun bagi festival yang diadakan secara dwitahunan ini, hanya lima yang akan OBJEKTIF1. Ke arah kecemerlangan pementasan teater berkualiti.2. Memberi peluang kepada penggiat teater mempamerkan kemantapan persembahan melalui satu tahun proses persediaan dan penyertaan3. Mengenali, berkongsi ilmu, bertukar pengalaman dan berinteraksi dikalangan penggiat teater negeri yang terlibat untuk kemajuan kesenian antara pelbagai kaum, peringkat umur dan kerjaya.4. Memartabatkan dan merakyatkan teater kearah pembangunan masyarakat.KONSEP Festival di peringkat kebangsaan yang dijalankan secara dwi tahunan bertujuan memberi tempoh masa yang lebih panjang untuk membuat latihan.Syarat Penyertaan untuk bilangan ahli setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 25 orang. Bilangan ini termasuk artis, pengarah dan pembantu teknikalberentap.“Bermula dari 18 hingga 28 Ogos ini bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), kumpulan dari Sabah, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu akan berhempas pulas bagi mempastikan tempat yang terbaik dalam pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai lebih RM50,000 itu.“Pastinya mereka akan bekerja keras untuk mempastikan kumpulan mereka yang terbaik melalui kerja kreatif masing-masing,’’ katanya.Beliau menjelaskan kumpulan dari Sabah ialah Rumpun Seni Teater Dan Persembahan Anak Kolej PTPL (Rentak PTPL) yang akan mementaskan teater Kerusi karya Dr. Hatta Azad Khan manakala jiran mereka Sarawak pula meletakkan Kumpulan Sanggar Creative Production dengan drama adaptasi, Terdampar karya Slawomier Mrozek.Berjaya mengukir sebagai wakil Pantai Timur, Kumpulan KEULU dari Terengganu memilih karya baru berjudul Uraong Ulu Hatinye Luke Lagi yang ditulis oleh Ibrahim Mohd Taib. Manakala, karya Datuk Johan Jaaffar berjudul Angin kering menjadi pilihan Kreatif Utama Budaya Anak Seni (Kubas), Kedah. Sebuah lagi karya Dr. Hatta Azad Khan iaitu Jebat menjadi pilihan Persatuan Teater Resdung dari Pulau Pinang.Kumpulan lain yang gagal ke peringkat akhir ialah Kumpulan Teater Prosenium Shahputra Kuantan (Pahang), Yayasan Pelajaran Johor (Johor), Persatuan Karyawan Negeri Sembilan (Negeri Sembilan), Kelab Teater USM (Kelantan), Persatuan Penulis Negeri Melaka (Melaka), Majlis Kebudayaan Negrei Perlis (Perlis), Kelab Teater Rimba UKM (Selangor), Persatuan Penggiat Seni Kuala Kangsar (Perak) dan Kelab Teater Kuala Lumpur - KTKL (Kuala Lumpur).“Kali ini FTM menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM51,000 yang dibahagikan kepada 11 kategori.“Bagi Johan Kebangsaan akan memperolehi RM15,000, Naib Johan menerima RM10,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM8,000. Bagi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Rekabentuk Produksi Terbaik akan menerima RM3,000 setiap satu,’’ tambah Norliza.Di samping itu, hadiah berjumlah RM2,000 setiap satu pula ditawarkan kepada Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Bagi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik ditawarkan RM1,000 setiap satu.“FTM ini sebenarnya bertujuan ke arah kecemerlangan pementasan teater berkualiti di samping memberi peluang kepada penggiat teater mempamerkan kemantapan persembahan melalui satu tahun proses persediaan dan penyertaan.“Ia juga diharap dapat mengenali, berkongsi ilmu, bertukar pengalaman danberinteraksi dikalangan penggiat teater negeri yang terlibat untuk kemajuan kesenian antara pelbagai kaum, peringkat umur dan kerjaya.“Tidak ketinggalan juga bertujuan OBJEKTIF1. Ke arah kecemerlangan pementasan teater berkualiti.2. Memberi peluang kepada penggiat teater mempamerkan kemantapan persembahan melalui satu tahun proses persediaan dan penyertaan3. Mengenali, berkongsi ilmu, bertukar pengalaman danberinteraksi dikalangan penggiat teater negeri yang terlibat untuk kemajuan kesenian antara pelbagai kaum, peringkat umur dan kerjaya.4. Memartabatkan dan merakyatkan teater kea rah pembangunan masyarakat.KONSEP Festival di peringkat kebangsaan yang dijalankan secara dwi tahunan bertujuan memberi tempoh masa yang lebih panjang untuk membuat latihan.SYARAT PENYERTAANBilangan ahli setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 25 orang. Bilangan ini termasuk artis, pengarah dan pembantu teknikal memartabatkan dan merakyatkan teater ke arah pembangunan masyarakat,’’ katanya.

1 comments:

itikpaq said...

bestnya....xda buat bengkel blah2 utara ka???