CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Sejarah Festival Teater Malaysia


FESTIVAL Teater Malaysia adalah lanjutan dari Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal tahun 70an sehingga 1980an. Pesta Tarian dan Drama yang di adakan dalam bentuk pertandingan, disertai oleh kumpulan teater amatur yang terdiri dari penggiat teater Melayu pada waktu itu.
Di antara nama penggiat teater yang lahir dari pertandingan ini ialah Prof Madya Dr. Samad Salleh, Tuan Haji Supiat Mukri, Dinsman, Megat Saiful Bahari, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Prof. Mohd Taib Osman, Kalam Hamidi, Hashim Yassin dan ramai lagi. Pada tahun 1980an, Pesta Tarian dan Drama dihentikan penganjurannya buat seketika.Pada tahun 1990, Pesta Tarian dan Drama disambung semula dalam format baru. Berfokus kepada teater, nama barunya Pekan Teater; dibawah pengelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Pekan Teater masih dalam bentuk pertandingan dan dibuka penyertaannya kepada kumpulan teater samada berdaftar atau tidak berdaftar. Medium penyampaian ialah dalam Bahasa Melayu.
Pada tahun 2002, Pekan Teater diberi wajah baru dengan nama Festival Teater Malaysia. Dari johan peringkat negeri, beberapa kumpulan dipilih ke peringkat Kebangsaan. Buat pertama kalinya, pengisian Festival Teater Malaysia diperluaskan untuk merangkumi persembahan Monolog dan Fragmen Seni.Pengisian Festival Teater Malaysia 2003 diperkemaskan bagi memaparkan wajah dan imej Malaysia iaitu dengan penyertaan penggiat teater pelbagai kaum melalui segmen persembahan jemputan. 7 kumpulan terbaik negeri masih dipertandingkan sebagai satu komponen Festival Teater Malaysia disamping komponen yang lain seperti Monolog, Fragmen Seni, lawatan ke panggung teater dan Sidang Ilmu.Festival Teater Malaysia 2004 terus membawa pembaruan sebagai usaha untuk memupuk penggiat seni berkarya dalam kumpulan secara berterusan, penyertaan untuk segmen pertandingan teater dibuka kepada kumpulan yang berdaftar sahaja. Buat pertama kalinya juga, pertandingan turut dibuka kepada penyertaan kumpulan-kumpulan yang berdaftar sebagai syarikat seni.Penganjuran Festival Teater Malaysia, mulai tahun 2006 adalah bersifat dwi tahunan. Ini adalah bertujuan memberi tempoh masa yang lebih panjang kepada kumpulan-kumpulan teater untuk membuat latihan dan memantapkan lagi persembahan. T
Tahun 2005 sebanyak 105 kumpulan teater telah mengambil bahagian, masing-masing di 14 buah negeri seluruh negara. Rata-rata pesertanya terdiri daripada belia-belia muda. Ini merupakan pengkhabaran yang cukup bermakna khususnya kepada khalayak teater bagi menyemarakkan lagi arena teater tanah air.

0 comments: