CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Pemenang Festival Teater Malaysia 2006




"Gelanggang anak-anak muda melahirkan bakat kreatif mereka dalam bidang yang menjadi darah daging. Usaha berpanjangan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk menghidupkan budaya seni. Siapa lagi yang mesti bekerja kalau bukan kita. Bekerja bersama-sama.
KEPUTUSAN FTM '06
KUBAS JOHAN FTM 06Bermula pada 19 haribulan Ogos 2006,Festival Teater Malaysia 2006 telah dilancarkan dengan meriahnya oleh Datuk Johan Jaafar selaku Pengerusi Majlis Seni Budaya Malaysia di MTC Jalan Ampang.
Bermacam acara telah diadakan sepanjang festival dwitahunan itu seperti Sidang Keilmuan, Fragmen Seni, Monolog dan Teater Malaysia. Namun apa yang lebih menarik ialah kehadiran lima kumpulan teater yang mewakili negeri masing-masing untuk menyertai pertandingan akhir peringkat kebangsaan ini. Selama lima malam mereka telah mempertaruhkan nasib melalui persembahan mereka yang masing-masing mempunyai kreativiti dan idea yang tersendiri.
Akhirnya, pada 26 Ogos berlangsunglah Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah sebagai acara terakhir untuk Festival Teater Malaysia 2006. Majlis yang tidak kurang meriahnya itu telah meninggalkan kenangan manis kepada dunia teater tanah air. Yang menang telah membawa pulang hadiah masing-masing dan yang kalah juga membawa kenangan, pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang festival itu berlangsung.
KUBAS yang mewakili negeri Kedah ternyata membawa kemenangan yang cemerlang dan paling banyak menggondol hadiah pada malam itu. Ia patut dibanggakan oleh seluruh rakyat negeri jelapang padi itu dan menjadi contoh yang baik kepada penggiat teater yang lain.
Dengan persembahan yang menarik melalui teater Angin Kering karya Datuk Johan Jaaffar dan diarahkan oleh Aznida Noor Azizan, KUBAS bukan saja berjaya menarik perhatian perhatian panel juri, malah menerima pujian melambung daripada penonton yang menyaksikannya. Dengan memilih teknik persembahan Mek Mulong dan ciri-ciri tradisi yang lain, beserta kesungguhan dan komitmen seluruh produksinya, mereka berjaya membawa pulang RM15,000 sebagai Johan Kebangsaan untuk tahun 2006.
Begitu juga dengan hadiah-hadiah lain seperti Pengarah Terbaik (RM3,000), Rekabentuk Produksi Terbaik (RM3,000), Pelakon Wanita Terbaik (RM 3,000), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (RM2,000) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (RM2,000). Jumlah keseluruhan yang telah dimenangi ialah RM28,000.
Pulau Pinang yang diwakili oleh Kumpulan Resdong’s pula telah menyandang tempat kedua dengan Hadiah RM10,000 melalui teater Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan dan diarahkan oleh Azwan Abdul Wahab.
Sementara tempat ketiga (RM8,000) dimenangi oleh Negeri Terengganu melalui Kumpulan KEULU yang membawa teater Orang Ulu Hatinya Luke Lagih yang ditulis sendiri oleh pengarahnya, Ibrahim Mohd. Taib. Dengan memaparkan kehidupan tradisi orang-orang di Ulu Trengganu,KEULU berjaya meraih dua lagi hadiah lain iaitu Hadiah Pelakon Harapan Wanita Terbaik melalui watak Maria lakonan Norasilla Mohd.Nor dan juga Hadiah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui watak Medam lakonan Mohd Ramadam Hassan.
Sanggar Creative dari Negeri Sarawak yang mementaskan teater Terdampar pula hanya membawa pulang satu hadiah iaitu Hadiah Pelakon Lelaki Terbaik (RM3,000) melalui watak Lelaki II oleh Mohd. Zohren Sahari Chee.
Panel juri terdiri daripada mereka yang begitu berpengalaman dalam bidang teater iaitu Rosminah Tahir selaku Ketua Panel, Ahmad Yatim, Hamzah Tahir, Susana Gomez dan Anthony Meh Kim Chuan.
SENARAI PENUH PEMENANG FESTIVAL TEATER MALAYSIA '06PELAKON HARAPAN WANITA TERBAIK:Nama : Norasilla Mohd. NoorWatak : MariaKumpulan : KEULUNegeri : TerengganuPELAKON HARAPAN LELAKI TERBAIK:Nama : Mohd.Ramadam HassanWatak : MedamKumpulan : KEULUNegeri : TerengganuPELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK:Nama : Dalili AzhariWatak : JelitaKumpulan : KUBASNegeri : KedahPELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK:Nama : Rohizam NorWatak : MahatahuKumpulan : KUBASNegeri : KedahPELAKON WANITA TERBAIK:Nama : Siti Salwani ShaariWatak : MataniKumpulan : KUBASNegeri : KedahPELAKON LELAKI TERBAIK:Nama : Mohd Zohren Sahari CheeWatak : Lelaki IIKumpulan : SANGGAR CREATIVE PRODUCTIONNegeri : SarawakPENGARAH TERBAIK:Nama : Aznida Noor AzizanKumpulan : KUBASNegeri : KedahREKA BENTUK PRODUKSI TERBAIK:Kumpulan : KUBASNegeri : KedahTEMPAT KETIGA:Kumpulan : KEULUNegeri : TrengganuJudul Teater : Orang Ulu Hatinya luke lagiTEMPAT KEDUA:Kumpulan : RESDONG’sNegeri : Pulau PinangJudul Teater : Jebat.JOHAN KEBANGSAAN:Kumpulan : KUBASNegeri : KedahJudu Teater : Angin Keringma!"

0 comments: